Sejarah Kakao Entertainment

KakaoPage Corp.

Rencana utama: KakaoPage

Podotree Co, Ltd. ditubuhkan pada 20 Julai 2010 sebagai anak syarikat Lakao, dan melancarkan KakaoPage tiga tahun kemudian. Pada 1 Ogos 2018, mereka bertukar nama syarikat kepada KakaoPage Corp.

Kakao M

Rencana utama: Kakao M

Seoul Records, Inc. ditubuhkan pada Oktober 1978 oleh Young Bin Min [ko], pemilik syarikat pendidikan tempatan YBM Group [ko] (dahulu Sisa English). Pada 2005, syarikat itu diperolehi oleh SK Telecom dan kembali dilancarkan sebagai LOEN Entertainment, Inc. tiga tahun kemudian, sebelum dijual kepada Star Invest Holdings (anak syarikat Affinity Equity Partners).

Pada Januari 2016, syarikat itu diambil alih oleh Kakao dan sekali lagi bertukar nama kepada Kakao M Corp. pada Disember 2017.

2021-kini: Penggabungan sebagai Kakao Entertainment

Pada Disember 2020, KakaoPage Corp. mengusulkan penggabungan dengan Kakao M Corp. sebagai sebuah syarikat bersepadu.[5] Ini dilakukan sebagai tindakan oleh syarikat induk mereka terhadap dasar baru Google untuk pengguna aplikasinya, yang dapat mempengaruhi Kakao M, di mana KakaoTV mulai menjadi popular di Korea Selatan.

Pada 25 Januari 2021, kedua-dua syariikat itu mengumumkan rancangan dan garis masa untuk penggabunga mereka, serta cadangan nama untuk syarikat bersepadu, Kakao Entertainment Corp.[6] Berdasarkan rancangan tersebut, KakaoPage Corp. menjadi entiti yang menerima penggabungan.

Penggabungan selesai pada 1 Mac 2021, dan Kakao Entertainment secara rasmi ditubuhkan sehari kemudian.